Quantcast
Channel: Buasir – Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 6

Kerosakan Saraf Akibat Diabetes Boleh Menyebabkan Sembelit

0
0

Kerosakan Saraf Akibat Diabetes Boleh Menyebabkan Sembelit

Antara aduan yang paling banyak dikalangan pesakit kencing manis ialah sembelit. Jarang-jarang buang air besar. Sampai perut pun balik-balik kembung. Makan dah ok, tapi tak rasa nak buang air besar pun.

Sebenarnya ramai orang dewasa yang alami masalah sembelit. Tapi, sebab dah terbiasa macam tu. Contohnya buang air besar 2-3 kali seminggu saja. Jadi, mereka anggap itu adalah normal untuk badan mereka. Sebenarnya itu adalah tabiat yang tak normal sebab apa yang kita makan, sepatutnya kena dikeluarkan balik.

Yang bahayanya ialah sebab najis itu ialah toksin yang berada dalam usus kita. Kalau tak dibuang, dia melekat pada dinding usus. Kalau kita biarkan sampah dalam rumah kita apa jadi. Rumah bau busuk, ada ulat kat sampah tu. Macam tu juga kalau kita biarkan najis berada dalam usus kita, lama-lama boleh merosakkan usus, malah terdedah kepada kanser.

makanan untuk melegakan sembelit

Dalam orang biasa, masalah sembelit ini selalunya disebabkan oleh 3 perkara:

1. Tak cukup minum air

2. Kurang serat dalam diet harian

3. Kurang pergerakan. Bila kurang bergerak, pergerakan usus kita pun lambat.

Namun, dalam pesakit kencing manis ada 1 lagi masalah yang menyebabkan mereka sembelit; kerosakan saraf perut dan usus yang menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat atau dikenal sebagai gastroparesis.

Dianggarkan kurang lebih 60% pesakit kencing manis mengalami masalah sembelit. Ia boleh jadi sangat tidak selesa dan menyakitkan.

Komplikasi Saraf Penyakit Kencing Manis Bukan Hanya Kebas Tangan Kaki

Biasakan dengar pesakit kencing manis kebas tangan kaki? Semua tahu tu ialah masalah saraf. Jadi, kita ingatkan kerosakan saraf hanya berlaku pada hujung jari tangan dan kaki.

Sebenarnya semua saraf dalam badan boleh terlibat, termasuk saraf perut dan usus yang mungkin boleh menyebabkan sembelit, cirit-birit atau kencing tak lawas.

Bagaimana Nak Melegakan Sembelit?

Cara Semulajadi Melegakan Sembelit

Anda boleh mulakan dengan cara semulajadi terlebih dahulu, iaitu dengan tingatkan pengambilan fiber, minum air dengan banyak dan lakukan aktiviti fizikal dengan tetap. Ketiga-tiga langkah ini boleh membantu sistem penghadaman berfungsi dengan lebih baik.

Namun, kalau masalah sembelit tu memang dah teruk, mungkin kaedah ni tak membantu sangat.

Ubat Untuk Mudahkan Buang Air Besar

Ada juga ubat yang boleh digunakan untuk melawaskan buang air besar, tapi sebaiknya berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu sebab kemungkinan ubat-ubat ini tak sesuai untuk penggunaan jangka panjang.

Mengawal Paras Gula

Dan inilah yang terbaik untuk mengurangkan masalah sembelit pesakit kencing manis. Sebab kita dah tahu puncanya daripada gula tinggi yang merosakkan saraf.

Jadi, pesakit kencing manis kena sentiasa pastikan paras gula stabil. Namun begitu, harus ingat, kerana kerosakan saraf sudah berlaku, jadi proses baikpulih mungkin mengambil masa.

Suplemen Cadangan Untuk Bantu Masalah Saraf

kebas kaki

Produk Shaklee dibuktikan oleh ujian klinikal memang berkesan untuk membantu mengawal paras gula dalam darah. Produk ini juga selamat untuk jangka masa panjang. Tapi, ubat doktor mesti teruskan dan

mesti teruskan temujanji dengan doktor ok..

Suplemen bukanlah ubat tapi untuk menyokong keperluan nutrisi kita yang mana kekurangan nutrisi boleh menyebabkan penyakit-penyakit kronik ni.

So, boleh amalkan tanpa ragu-ragu.

Jika anda ada sebarang persoalan mengenai produk Shaklee atau pengawalan penyakit anda atau ingin menempah produk Shaklee, boleh hubungi saya dengan mengisi borang di bawah atau klik saja www.wasap.my/60126211883.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 6

Latest Images

Trending Articles